TANGISAN SEMALAM
Oleh : Nurzila Binti Yunus
“PERGI ! ! pergi kau dari sini ! tak kenal dek untung,kalau aku tak bela kau dulu,mati kering lah. Jangan,jangan pukul saya,sakit makcik,saya sakit.Mak !!!...
Sarah mengesat peluh yang bersimbah di badannya.Mimpi rupanya.mengucap syukur kerana peristiwa lampau itu telah mengajar dia menjadi dia pada sekarang ini. Dia terus ke bilik air mandi dan mengambil wuduk. Usai solat sunat dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 3.30 pagi. Kenapalah hatinya berasa sayu,dan rindu pada arwah ibunya. Alangkah indah jika ibunya masih hidup,boleh dia menceritakan segalanya yang terbuku di hati. ‘Tuhan sayangkan mak Sarah,sebab itulah kembali kepada sang penciptaNya.’kata-kata yang sering dipujuk oleh maktok di kampung sekiranya dia kesedihan.
Deruan pasir di pantai membuatkan dia hilang dalam dunia yang hipokrit,pentingkan diri dari arus materialistik. Ombak setia pada pantai walau pun jauh mana dia pergi akan kembali pada pantai. Indahnya ciptaan maha penciptaNya. Sang cengkerang setia pada pasir,pasir akan menanti ombak dari hari ke hari. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Kenapa tidak kepada manusia,sedangkan manusia diberikan akal untuk berfikir. Berbeda dari haiwan yang hanya ada otak tetapi tiada akal,namun mereka sayangkan anak lebih dari segalanya. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Cuba mengganggu anak sang monyet sudah tentu akan dikejarnya kerana kacau anaknya,keselamatan anaknya sudah terjejas.
Lamunan Sarah terhenti pabila melihat sang cengkerang menimbusi badannya ke dalam pasir. Apa agaknya yang diancam oleh cengkerang ini? Oh ! rupanya aku yang menjadi ancaman padanya. Sang cengkerang dibawa dek arus ke pantai,mereka akan bersantai di gigi-gigi pantai sambil menjemur badan. Pabila dilihat ancaman mereka akan menembuskan diri ke dalam pasir. Kulit-kulit cengkerang dikutipnya bagi mengumpul dibuat hiasan. Dia pernah belajar membuat kraf tangan daripada kulit cengkerang. Ilmu yang diajar oleh maktok sewaktu dia masih belajar. Kraf tangan itu akan dijual bagi mendapatkan duit perbelanjaan sekolahnya. Dia tidak mahu menyusahkan maktok yang selama ini membesarkan dan sanggup menjaganya walaupun tiada pertalian darah. Kulit cengkerang akan dikumpul dan dijemur terlebih dahulu,kemudian akan diwarnakan dengan cat. Kulit cengkerang boleh dibuat rantai tangan mahupun rantai kaki,sebagai kenang kenangan para pelancong yang datang ke Langkawi. Pulau Langkawi sebuah tempat yang gah dengan pusat pelancongan,dan terkenal di asia mahupun di dunia.
Keindahan pantai yang tenang tidak dapat digambarkan,setiap orang akan terpegun melihat keindahan maha penciptaNya. Angin yang damai menenangkan insan yang masih duduk dibangku yang terdapat di chalet tersebut. Insan yang mengharungi setiap detik hidupnya kerana orang lain,kerana manusia yang tidak pernah menganggapnya seperti darah daging sendiri. Dia mahu membuktikan bahawa dia dapat mengecap kejayaan seperti pada hari ini. Bukan mahu meninggi diri atau bangga atas kejayaannya tetapi dia mahu buktikan bahawa insan yang dihina,dicaci,disepak terajang,boleh berjaya seperti manusia lain.
Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. Sarah masih di pantai. Apa yang dia cari disitu. Dapatkah luahan hatinya dapat didengari oleh ibu mahupun maktok. Maktok ??
Lima belas tahun dahulu…
“Sarah,masak nasi aku mahu makan”. Tapi makcik,Sarah baru balik sekolah ni”belum sempat Sarah hendak tangalkan kasut sekolahnya,satu penampar hinggap dimukanya yang putih gebu itu. Air matanya mula merembes keluar tanpa sekatan. “Aku suruh masak,masak saja lah apalah susah sangat. Aku kerja siang malam nak bagi kau makan. Tidak bersyukur betul !” muka Zainab kemerahan,hidungnya kembang kempis dan tangannya digenggam erat periuk nasi. Mahu dibaling agaknya. Fikir Sarah. Sarah cepat-cepat tukar baju dan kemudian masak nasi dan goreng telur. Itu sahaja yang ada di dapur. Kerja siang malam tapi apa pun tiada. Duit belanja sekolah bukan mak cik Zainab yang tanggung,duit buku,yuran sekolah semuanya Sarah yang uruskan,kalau diharapkan makcik Zainab agaknya sampai sekarang dia tidak dapat sekolah dek gara-gara apa yang dimahukan oleh makcik Zainab,mahu dia berhenti sekolah sahaja. Namun dia berkeras mahu sekolah tapi atas urusan sendiri. Biarlah susah dahulu sebelum senang kemudian. Usai masak,Sarah bersiap hendak keluar ke warung Pak Haji Talib. Di sana Sarah akan menolong masak,basuh pinggan. Dapat juga dia duit belanja untuk perbelanjaan sekolahnya. Ramai yang menyuruhnya ke rumah kebajikan kerana makcik Zainab selalu menderanya. Kesian. Itulah yang selalu didengari dari mulut orang kampung. Apa mereka tahu? Adakah saya mahu didera,biar diri dicaci,dihina. Tidak ! semua tidak tahu apa yang dia rahsiakan. Semuanya berlaku dengan secara tiba-tiba. Makcik Zainab mengambil alih penjagaan selepas kematian ibunya.
“Nab kau jaga Sarah bila aku sudah tiada nanti. Hanya kau lah saudara yang dia ada. Dari kecil sudah tiada bapa. Jagalah seperti anak kau sendiri” wasiat ibu ketika sedang nazak yang mahu dirinya dijaga oleh makcik Zainab. Waktu itu usianya baru mencecah 8 tahun. Kanak- kanak yang tidak mengerti erti hidup yang hanya bergantung pada orang lain. Sarah bukan seperti kanak-kanak lain,dia faham dengan keadaan. Tiada ibu mahupun bapa. Dibesarkan dengan cacian,hinaan. Dia sudah lali dengan semua itu. Apa yang dia tahu dia hanya mempunyai seorang saudara iaitu makcik Zainab. Demi ibunya dia sanggup hidup sebumbung dengan makciknya walaupun ada keluarga angkat yang mahu mengambilnya.
Pesanan ibu harus diikuti.begitu jugalah pada Sarah. Dia taat dan setia pada makcik Zainab sebab ibunya. Pernah satu malam,makcik Zainab baru balik dari kerja. Jam didinding menunjukkan pukul 4.00 pagi. Makcik Zainab baru pulang. Pada ketika itu usianya baru 12 tahun. Ketukan daun pintu membuatkan lenanya terganggu. Ketukan yang kuat. Makcik Zainab menjerit terlohong menyuruh dia membuka pintu. Dengan langkah yang longlai Sarah menuju ke ruang tamu untuk membuka pintu utama. Sebaik sahaja dia membuka pintu makcik Zainab terjatuh dihadapan dengan baju yang berbau minuman arkohol. Makcik Zainab mengamuk seperti halintar menyambung. Pangg !! hinggap dipipi Sarah. Makcik,bangun makcik. Kata-kata Sarah tidak dapat membuatkan makciknya sedar. Tidur Sarah ditemani dengan linangan air mata,adakah dia yang silap tidak menegur perbuatan makciknya. Tegakah dia disepak terajang,sumpah seranah semua pernah ditelan dapatkah nasihat didengari? Sarah bingung,buntu. Mahu sahaja dia keluar dari rumah itu,tapi ke mana lagi harus ditujunya?adakah tempat untuk dia mengadu?.
Hari demi hari telah berlalu,dia tetap begitu. Bingung dengan keadaan yang serba memaksa untuk dia menerima. Haruskah dia menerima tanpa sebulat kata? Tanpa persetujuan? Namun dia akur,dia hanya menumpang kasih orang,terpaksa mengikut apa yang diingini mereka. Petang itu,kelakuan makcik Zainab begitu aneh bagi diri Sarah. Dia dilayan sebagai seorang anak yang tidak pernah dalam seumur hidupnya oleh makcik Zainab. Namun dia dapat lihat diraut wajahnya,terpancar sandiwara yang dimainkan oleh makciknya. Bagaimana seorang ibu saudara yang tidak mempunyai nilai ehsan terhadap anak saudara dia sendiri? Ramai penduduk kampung menyuruhnya keluar saja dari rumah itu,dan mengikut keluarga angkat. Namun Sarah dengan pendiriannya. Dia mahu bersama ibu saudaranya walaupun terpaksa menahan mental dan fizikal. Baginya itulah wasiat kali terakhir sebelum ibunya menghembuskan nafas.
Cuaca pada senja itu menandakan hari mahu hujan. Angin bertiup dengan kencang. Namun dek kerana mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh makciknya,dia akur. Sesudah sampai di sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni, dia terdengar sayup angjing menyalak,dan rumah itu dikelilingi semak samun yang mana rumah tersebut tidak berpenghuni. Hati Sarah bergolak kencang,pernafasan turun naik. Dia dapat menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebentar lagi. Ditangan makcik Zainab bertukar sampul surat yang berwarna coklat kekuningan. Mak cik Zainab ketawa bersama seorang lelaki yang berbadan sasa,bermisai dan mempunyai sejemput janggut. Mereka tidak perasan yang tingkat laku diperhati olehnya.
Hampir satu per malam dia tertidur setelah diberi minum segelas susu yang diberikan oleh makciknya. Dilihatnya tiada seorang pun kelihatan. Dia begitu takut,dan mahu melarikan diri namun disaat dia menuruni anak tangga,didengari suara budak kecil menangis. Bulu romanya menegak disaat mahu menghampiri lembaga tersebut. Namun jauh disudut hatinya,dia mahu melihat apa yang sudah terjadi sewaktu dia tidak sedarkan diri tadi. Badannya mulai lemah,setelah melihat sekujur tubuh seorang wanita yang berlumuran darah. Siapakah wanita itu ? apa hubungan dengan budak kecil itu ? persoalan mulai timbul di dalam fikirannya. Apa yang dapat ditangkap dari ungkapan budak itu, ibu,ibu,ibu,…
Fajar menjelma,dilihat sekeliling sesak dengan manusia. Kanak –kanak kecil dalam lingkungan dua hingga empat tahun,baik lelaki mahupun perempuan berada dalam keseduan tangisan. Masing- masing mempunyai karektor yang berbeza. Sarah masih buntu,tidak seorang pun yang dapat menjawab segala persoalan dibenaknya. Dilihat budak yang menangis semalam yang tidur di dalam dakapannya masih nyenyak dibuai arus. Tidak sampai hati mahu mengejukan budak itu. Tidak kurang dari sepuluh minit kemudian, dia terlihat kelibat lelaki yang berurusan dengan makciknya. Dimanakah makcik sekarang ? Fikir Sarah.
Baru dia sedari bahawa mereka kini berada dalam sebuah kontena yang akan membawa mereka ke suatu tempat yang jauh, kerana sebentar saja lagi kontena tersebut akan dimasukkan ke dalam kapal. Dia masih ingat setiap baris ayat yang keluarkan melalui perbualan antara makciknya dengan lelaki tersebut.
“Mana habuan aku?” makcik Zainab menanyakan kepada lelaki yang bertubuh sasa,dan tanpa memberi jawapan,lelaki tersebut menghulurkan sampul yang mengandungi sejumlah wang rasanya. Kemudian lelaki tersebut beredar dan berkumpul bersama kumpulannya yang lain dan dapat didengari mereka memperkatakan mengenai, ‘ pelabuhan’. Sarah dapat menjangka bahawa apa yang diperkatakan oleh sekumpulan lelaki tersebut adalah betul,dan pada saat itu dia berada dalam kawasan pelabuhan kapal. Sarah terpaksa merancang sesuatu supaya dirinya terlepas dari situ. Dia berharap apa yang akan dilakukan olehnya sebentar lagi dapat membuahkan hasil dan menyelamatkan manusia lain yang tidak berdosa.
Berbekalkan khudrat yang ada dan keinginan yang tinggi,Sarah berjaya meloloskan diri tanpa disedari dengan menerjun ke dalam laut dalam walaupun selama ini dia amat takut pada air laut dalam. Dia berenang jauh dari kontena tersebut dan dia sendiri tidak tahu arah mana harus ditujuinya. Namun dirinya tekad,suatu saat nanti dia akan kembali bagi menyelamatkan kanak-kanak itu. Pemergiannya bukan seorang pengecut dan pentingkan diri sendiri,tapi dia pergi mahu meminta pertolongan. Jauh sekali mahu meninggalkan mereka.
Derusan pasir menampar-nampar pipi Sarah yang gebu. Namun tidak dapat mengejutkan dirinya dari mimpi semalam. Sarah ditemui oleh seorang ibu tua yang pada ketika itu keluar untuk mencari siput di pantai. Ibu tua itu,membawanya pulang dan diberi rawatan secara tradisional kerana lebih seminggu dia tidak sedarkan diri. “Saya dimana makcik?” Tanya Sarah pada ibu tua itu. Namun tanpa balasan jawapan,ibu tua asyik membasahi muka Sarah dengan air yasin yang dibacanya setiap malam. Ibu tua itu,menjelaskan perkara sebenar sehinggalah sampai saat dia sedar. Sarah bersyukur kerana dia masih hidup dan dibawah penjagaan ibu tua yang sangat baik hati. Selepas dari kejadian itu,Sarah inggal bersama ibu tua yang dipanggilnya ‘ maktok’,sehinggalah nafas terakhir. Namun dia sempat hidup bersama ibu tua sehinggalah dia berjaya menghabiskan persekolahannya. Malangnya,ibu tua itu tidak dapat menjaganya buat selamanya,kerana ibu tua telah pergi menyahut seruan Ilahi. Setiap manusia akan pergi berjumpa dengan Sang Pencipta.
Betullah apa yang yang perkatakan selama ini, ‘orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan diri kita’. Begitu juga Sarah,dia kehilangan ibu semenjak dari kecil dan dia juga kehilangan seseorang yang dianggapnya mulia maktok,yang sempat menjaganya walaupun hanya sebentar. Dia amat berterima kasih jika maktok tidak selamatkannya,mungkin dia sudah tidak berada di bumi ini lagi. Inilah kuasa Ilahi,Dialah yang menentukan segalanya. Nasib kita telah ditentukan oleh takdir,jika kesudahannya amat sadis,kita terpaksa redha kerana inilah suratan takdir yang menentukan. Jodoh,ajal maut semuanya ditanganNya.
Kini dia bukan lagi Sarah yang dahulu,disepak,dimaki,dicaci, tapi dia seorang wanita yang bekerjaya,yang mempunyai matlamat hidup yang jelas,yang mahu menyelamatkan manusia dari kancah penyeludupan. Banyak kes yang dapat diselesaikan olehnya berhubung dengan masalah perdagangan orang yang semakin berleluasa. Dia masih terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak yang pada dahulu,namun sedikit sebanyak dia dapat menumpaskan gejala yang berlaku di negara ini. Dia masih mencari makciknya,walaupun seburuk mana perbuatan makcik Zainab padanya,namun dia masih ingat pesanan ibu,itulah darah dagingnya yang masih tinggal.Dia tidak mahu hidupnya dibelenggu oleh kenangan silam dan menjadi pendendam. Mungkin makciknya sudah insaf dan kembali bertaubat.
Sambil kakinya dibasahi air laut ,dia mengutip kulit siput kerana dapat mengembalikan nostalgia pada maktok yang selama ini memberinya erti sebuah keluarga. Walaupun persinggahan hanya sebentar,namun dia manfaatkan seluruh hidupnya bersama maktok. ‘Walaupun kita sudah berjaya,kita jangan lupa pada orang bawah ,orang yang menjadikan kita sedemikian rupa.’ Jelaslah maktok mahu dia sentiasa ingat asal usulnya dan tidak mahu dia menyimpan dendam. Dendam akan membuatkan seseorang itu,busuk hati dan keceriaan hidup hilang tanpa sinaran cahaya.
Tangisan semalam menjadikan dia lebih dewasa dalam meniti selok belok kehidupan. Dia akur sehingga saat ini,dia sangat rindukan arwah ibu dan juga maktok. Kedua-dua wanita hebat ini telah menjadikan dia pada masa sekarang. Tidak mudah mengalah,dan tidak mudah lelah dengan segala masalah yang bakal ditempuhinya. Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa,begitu juga Sarah.Pengalaman hidupnya menjadikan dia keras hati,tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipu helah dan tidak mudah gentar dalam menghadai musuh kelak. Wanita yang berjaya,ialah wanita yang bangkit daripada kepompong yang sempit dan dari segala penindasan yang berlaku.
Sampai saat ini,dia masih ingat lagi kisah hitam yang selalu menggangu tidur malamnya. Hal ini membuatkan dirinya rakus mahu membanteras sehabisan masalah perdangangan orang.Ketenangan di pantai memberi lambaian padanya. Tangisan semalam dilemparkan pada laut supaya dapat membawa pergi jauh dari hidupnya. Siapa dia mahu menolak takdir ?. Berjalan sampai ke hujung pantai,dia mengamati setiap baris puisi yang ditulis dalam Novel AKU,oleh puisi Si Rangga/Indonesia. Tangisan semalam tiada lagi jika hari ini dia bukan siapa-siapa.
Aku lari ke hutan,kemudian nyanyiku
Aku lari ke pantai,kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri, aku benci
Aku ingin bingar , aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat, dan enyah saja kau pekat
Pecahkan saja gelasnya biar ramai,biar mengaduh sampai gaduh
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya,biar terdera
Atau, aku harus lari ke hutan belok ke pantai ?