Siapa Dia ?
Nama diberi Nurzila Binti Yunus atau lebih dikenali sebagai Ziela Melody.Saya dilahirkan di daerah Baling, negeri Kedah Darul Aman.Merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik.Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera sehingga tingkatan 3.Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2 dalam bidang perdagangan.Setelah menamatkan SPM,saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Baling.Saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan berjaya ditempatkan di universiti terkemuka tempatan,Universiti Putra Malaysia.Sekarang saya merupakan pelajar tahun akhir di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dalam kursus Bahasa dan Linguistik Melayu.Laman web ini terhasil kerana tuntutan tugasan amali BBM3410 Bahasa dalam Multimedia di bawah pensyarah Prof.Madya Dr.Normaliza Bt Abd Rahim.